Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, 'orang tengah' tidak diperlukan jika kedua-dua belah pihak meraikan semangat federalisme dan meneruskan hubungan baik kerajaan dengan kerajaan (G2G) sedia ada.
"Kalau tidak ada Menteri dari Kelantan tidak ada masalah. Sebab yang lebih penting ialah memastikan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan dihormati. Sebab itu Menteri Besar melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.
"Sepatutnya tidak ada sebarang perantaraan, biarlah kerajaan negeri berhubung terus dengan kerajaan Pusat secara GTG, tanpa perlu adanya orang tengah," katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Aidilfitri Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Nilam Puri, di sini hari ini.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco Kerajaan Pas Kelantan. - UTUSAN ONLINE