“Saya fikir, Kelantan wajar mempunyai sekurang-kurangya seorang menteri menerusi lantikan senator.
“Ini bagi memastikan, suara rakyat Kelantan didengar diperingkat pusat,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penularan senarai kabinet kerajaan PH yang tidak mempunyai wakil dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Ahmad Dasuki memberitahu, kerajaan sebelum ini pernah melantik seorang menteri dan timbalan menteri untuk mewakili suara rakyat Kelantan.
Katanya, tidak salah perkara tersebut diikuti oleh pimpinan PH bagi memastikan negeri ini terus dibangunkan. - UTUSAN ONLINE