.... Jawapan kepada isu kemana pergi perbelanjaan RM4juta Kerajaan BN Terengganu | AAKJ



Hasil carian imej untuk bendera terengganu
Bismillahirrahmanirrahim. 

MENJAWAB TUDUHAN ADUN JABI BERKAITAN PERUNTUKAN YANG  HABIS

Setelah tidak lagi menjadi wakil rakyat Jabi selepas 9 Mei, byk kali sampai ke telinga saya berkaitan rungutan "orang baru" kononnya sy menghabiskan semua peruntukan sehingga meyukarkan beliau  buat kerja setelah menang. Beliau cuba memberi persepsi bahawa sy belanja habis semua peruntukan dlm tempoh 3 bulan pertama 2018. Ada juga disampaikan kpd saya kononnya sy menyekat bantuan kpd rayat spt bantuan kebajikan, tabung kronik dll kpd org Pas. Sy hanya diam dan tersenyum sambil berkata " tak apa lah..biasa lah masih baru, lama2 nnt dia fahamlah." 

Tetapi dlm 2 hr ni bila di sebarkan di media sosial, saya rasa perlu saya terangkan perkara sebenar. 

1. ASAS kpd setiap perbelanjaan ialah MEMBANTU RAKYAT. saya ulang, utk MEMBANTU RAKYAT. Justeru setiap sen yg di belanjakan adalah bg tujuan menjalankan amanah tersebut. Maka apa bezanya perbelajaan di buat pd awal tahun atau tengah tahun atau  hujung tahun sekali pun krn tujuannya ialah MEMBANTU RAKYAT. 

2. JUMLAH PERUNTUKAN; Kerajaan BN  Terengganu pd 207 telah peruntukan sebanyak RM 2 juta kpd Dun Jabi ( dan Dun2 lain) utk Program Bantuan Rumah ( PBR) samaada baik pulih atau bina baru ( rumah subsidi)  Peruntukan pertama di terima melalui surat UPEN bertarikh  19. 1.2017 dan Peruntukan kedua pada 28.9.2017. Kesemua peruntukan di salurkan melalui Pejabat Daerah Besut. Pegawai Daerah Besut sbg pengawal  dibantu oleh pegawai2 lain mengikut bidang tugas masing2. 

3. BAIK PULIH RUMAH. Untuk tahun 2017, saya memberi keutamaan utk program baik pulih rumah rakyat. Peruntukan RM1j yg pertama telah di belanjakan utk baiki sebanyak 97 buah rumah, siap dan selesai di byr dlm tahun semasa. Kadar bg setiap buah rumah ialah maksimum RM11 ribu. Manakala bagi peruntukan RM1j kedua sy telah mecadang baikpulih sebanyak 64 buah rumah, pun siap dan di byr sepenuhnya. Keseluruhan rumah rakyat yg kita baiki pd 2017 ialah 161 buah rumah org Umno, Pas, atas pagar bawah pagar semua ada. Jumlah yg di belanjakan utk program ini ialah RM 1,159,943.93 sen. Selain itu, ada lagi 20 buah rumah yg kita baiki selepas mendapat kelulusan dlm Mesyuarat Fokus Group yg di pengerusikan oleh Pegawai Daerah,  tetapi tidak sempat siap menjelang hujung tahun 2017 berjumlah RM140 ribu. 

4. BINA BARU RUMAH. Pada tahun 2017 saya merancang membina 16 buah rumah baru kpd pemohon yg layak. Sebenarnya di Dun Jabi, setiap  kampung ada saya senaraikan 4,5 org layak menerima rumah subsidi kerajaan. Tp dgn kewangan terbatas, kita hnya mampu bina 10- 15 buah sahaja setiap tahun. Jumlah peruntukan membina baru rumah sebanyak 16 buah ialah sebanyak RM 659,230. Drpd jumlah tersebut RM 359,550 telah di byr kpd kontraktor dan rumah telah di serahkan kpd penerima. Baki RM159,680 belum dpt di byr krn pembinaan lambat dan tidak mengikut jadual atas faktor tertentu spt cuaca, masalah tanah, pertikaian antara kontraktor dan penerima rumah dan masalah2 teknikal lain. 

5. SAYA HABISKAN PERUNTUKAN DALAM MASA 3 BULAN 2018?  Jika diamati kronologi sejak 2017, maka kita faham knp perberlanjaan kita keluarkan dlm tempoh tersebut. Oleh kerana peruntukan  RM1j kedua hnya di terima suku keempat tahun 2017 ( Sept/ Okt) maka proses kerja bermula lambat. Disini lah timbul masalah spt cuaca, kekangan masa dan prosedur kewangan yg perlu di patuhi. Tarikh akhir menghantar tuntutan ialah 21 Dis 2017 jika kerja siap dan di perakui oleh pegawai penyelaia. Setelah inden kerja di keluarkan kpd kontraktor, maka Pejabat Daerah wajib membuat bayaran kerja setelah kerja siap dan pegawai pengawal berpuashati dgn pembinaan. Sehingga 2017, tidak semua peruntukan RM2j sempat di belanjakan krn masalah tersebut.  Mengikut PERATURAN KEWANGAN, byrn perlu di buat kpd kerja yg telah siap apabila peruntukan di bawa ke hadapan ( 2018) dan mendapat kelulusan Pegawai Kewangan Negeri. 

6. SAYA MENINGGALKAN HUTANG BERATUS RIBU RINGGIT? Yb, suka saya sebut disini, jika Tuan YB cenderung menggunakan perkataan hutang, maka terpulang lah. Yg pastinya,  sejumlah RM 199 680.00 ialah jumlah yg perlu di bayar kpd kontraktor yg melaksanakan MEMBINA & MEMBAIKI RUMAH RAKYAT sejak tahun 2017 dan awal 2018. RAKYAT Jabi yg sekarang ini Tuan YB sbg wakil mereka. 

7. SAYA TIDAK MEMBELANJAKAN peruntukan kerajaan sesukahati saya, saya tidak meninggalkan hutang supaya org lain mendapat susah. Saya buat semua tu untuk MEMBANTU RAKYAT. Kerana sy memikul beban amanah yg sy bakal di persoalkan di akhirat kelak. Sekarang Tuan YB sudah menang, malah di lantik sbg Exco Kerajaan, tidak perlu sy mengajar tuan bgmn utk menguruskan perbelanjaan dan mencari peruntukan kewangan walau pun org tua kita selaku berpesan; MALU BERTANYA SESAT JALAN. Saya mewakili rakyat selama 5 tahun dengan mencari sumber kewangan tanpa sekali pun MENYALAHKAN bekas wakil rakyat yg saya gantikan dulu. Berkejalah dengan ikhlas tanpa banyak " mengeTEK" org lain. 

7. KAWIN JANDA. Sebelum mengundur diri, nak cerita kisah kawin janda. Tertarik dgn janda, maka seorg lelaki usaha siang mlm memikat hati perempuan tersebut. Akhirnya di takdir Allah ada jodoh maka kawin lah mereka dgn hantaran 55 RIYAL. Tak tahu lah si laki tu sedar atau tidak yg isterinya itu ada ranai anak. Anak tiri pun kena anggap sbg anak sendiri sbb dah kawin mak. Segala keperluan perbelanjaan kenalah diusahakan cari supaya tak lapar. Tp si suami lebih suka bercerita pasal keburukan dan komplain  bekas suami kpd isterinya. Lama kelamaan isteri mula fed up..anak2 pun tak suka bila asyik sebut pasal ayah mereka. Akhirnya anak lari keluar rumah. Isteri pun katanya dah mula cari di mana bekas suami nya dulu. 

p/s Kisah kawin janda ini berlaku di Wilayah JAMBI, PALEMBANG, INDONESIA. 

Wallahu A'lam. Salam 4 Syawal. 
- Hj MIJ

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top