.... Istimewa itu sudah tiada, tidak mustahil MIC dan MCA keluar BN - Penganalisis | AAKJ



Istimewa itu sudah tiada, tidak mustahil MIC dan MCA keluar BN - Penganalisis
AWANG AZMAN: Saya lihat dalam konteks MCA dan MIC tidak ada perbezaan sama ada mereka keluar daripada BN ataupun tidak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti MIC dan MCA berkemungkinan keluar daripada Barisan Nasional (BN) sama seperti yang berlaku kepada komponen di Sarawak dalam beberapa situasi yang tidak dapat dielakkan.

Penganalisis politik Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi bagaimanapun berkata, dalam keadaan sekarang, kedua-dua parti itu dilihat lebih memerlukan BN untuk survival politik masing-masing.

"Saya lihat dalam konteks MCA dan MIC tidak ada perbezaan sama ada mereka keluar daripada BN ataupun tidak. Sebab dari segi itu, selama ini yang memberi kekuatan kepada MCA dan MIC adalah parti UMNO dan kebanyakan kerusi yang menang di kawasan MCA dan MIC itu disokong oleh penyokong UMNO dan pengundi Melayu.

"Jadi untuk mereka hendak keluar daripada BN, kemungkinan agak rendah tetapi tidak mustahil kerana selama ni ramai sertai BN sebab ada banyak kepentingan, ada jawatan, kontrak perniagaan, permit dan sebagainya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top