Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, piawaian ini, hutang negara (yang terdiri daripada jaminan yang diterbitkan menerusi bon kerajaan) dan hutang yang dijamin oleh kerajaan (bermaksud liabiliti) dilaporkan secara berasingan.
Dan setakat 31 Disember 2017, jumlah yang diumumkan adalah RM686.8 bilion bagi hutang negara, dengan liabiliti pula mencecah RM238 bilion.
Bagaimana pun, kerajaan kini menambah angka-angka baharu kepada jumlah tersebut, dengan memasukkan sekali komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan terhadap hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion.
Jadi, penambahan ini memungkinkan jumlah keseluruhan 'hutang negara' dikatakan mencecah RM1 trilion.
Namun, jika diteliti kembali, kini setiap kenyataan-kenyatan berkaitan isu ini berubah nada, dengan kerajaan kini menggunakan frasa 'hutang dan liabiliti sebanyak RM1 trilion'. Secara teknikalnya, ini adalah benar kerana Malaysia mempuanyai liabiliti lebih daripada RM1 trilion, di mana RM686.8 bilion adalah dalam bentuk sekuriti hutang.
Sebagai piawaian dunia, negara-negara lain di dunia turut menggunakan SDDS dan melaporkan sekuriti hutang sebagai hutang negara, dan tidak memasukkan tanggungan luar jangka sebagai jumlah keseluruhan hutang negara.
Sama juga dengan komitmen pajakan, yang mana turut melibatkan perbelanjaan negara. Jika jumlah perbelanjaan kerajaan dimasukkan dalam angka besar hutang negara, maka seharusnya perbelanjaan lain seperti bayaran gaji pegawai kerajaan, pencen dan subsidi perlu dimasukkan juga.
Kerajaan terdahulu sentiasa menurut piawai kiraan seperti yang telah ditetapkan oleh badan kewangan antarabangsa dalam melaporkan hutang negara, dan angka-angka ini boleh diperoleh dengan mudah menerusi laman web Jabatan Negara, Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Jabatan Audit Negara.
Agensi penarafan, komuniti pelaburan dan institusi kewangan menyedari kewujudan angka-angka ini kerana ia tidak pernah disembunyikan. Bahkan, agensi penarafan sentiasa mengadakan mesyuarat dengan pegawai EPU dan MOF dan mereka dikemas kini secara kerap mengenai angka tersebut.
Sewaktu era pemerintahan Tun Mahathir, angka liabiliti sentiasa meningkat dan sewaktu beliau meninggalkan jawatannya, angka tersebut adalah RM52.7 bilion dan tidak pernah dimasukkan dalam angka hutang negara.
Perkembangan ekonomi memungkinkan kerajaan untuk mencari lebih sumber pendapatan sekaligus meningkatkan keupayaan negara untuk menyerap lebih banyak hutang. Dan setakat ini, kita tidak pernah memungkiri hutanag ataupun kewajipan yang pernah kita ambil. Dan sebenarnya, ia bukan mengenai jumlah hutang yang kita punyai tetapi apa yang kita lakukan dengan hutang tersebut dan keupayaan kita untuk melunaskannya.
Apabila ekonomi kita berkembang, kerajaan menghasilkan lebih banyak pendapatan dan kerajaan menjadi lebih berupaya untuk mengambil lebih banyak hutang. Kami tidak pernah memungkiri mana-mana hutang atau obligasi kami. Ia bukan mengenai jumlah hutang tetapi apa yang kita lakukan dengan hutang dan keupayaan untuk membayar hutang.- UTUSAN ONLINE