.... Guna bahasa Mandarin hanya kesilapan kecil - PM | AAKJ



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam kenyataan media oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya sebagai kesilapan kecil yang tidak perlu dibesar-besarkan.
Perdana Menteri berkata, kesilapan seperti itu adalah perkara biasa kerana tiada siapa yang tidak pernah membuat kesilapan.
"Ia hanya satu kesilapan kecil, semua manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.
Namun saya fikir, ia patut dibuat dalam tiga bahasa untuk khalayak berbangsa Cina," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini.
Hadir sama, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir mengulas mengenai isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi oleh Guan Eng yang hangat diperkatakan hari ini.
Guan Eng dalam kenyataan balasnya, berkata semua kenyataan dalam media rasmi beliau di bawah Kementerian sememangnya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu.
Kata Guan Eng, pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.
"Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia," katanya
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, senarai kabinet sudah dimuktamadkan tetapi akan hanya diumumkan pada hari angkat sumpah dan tarikhnya masih belum ditetapkan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top