.... Guang Eng samakan kemenangan PH dengan runtuhnya Tembok Berlin | AAKJ



LIM Guan Eng (kiri) ketika menerima kunjungan Nikolaus Graf Lambsdorff
LIM Guan Eng (kiri) ketika menerima kunjungan Nikolaus Graf Lambsdorff di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya pada hari Rabu. Gambar diambil dari Facebook Guan Eng.

KUALA LUMPUR 14 Jun - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyamakan kemenangan Pakatan Harapan (PH) menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sama seperti runtuhnya tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur pada tahun 1990.
Guan Eng yang juga Menteri Kewangan menyatakan persamaan itu ketika mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Jerman Ke Malaysia, Nikolaus Graf Lambsdorff semalam.

"Ini adalah cara terbaik "untuk menerangkan kepada rakan-rakan kita di Jerman yang tidak faham mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri," kata beliau dalam catatan di Facebook.
Lambsdorff sebelum itu telah melakukan kunjungan hormat ke atas Guan Eng di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Menurut Guan Eng, antara perkara yang dibincangkan oleh beliau dan Duta Besar Jerman itu ialah usaha meningkatkan pendidikan vokasional Jerman di negara ini. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top