Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui perbuatan tersebut sebagai satu kesilapan.

“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang dikhususkan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, tiada bahasa lain, bahasa adalah jiwa bangsa.
“Kalau menteri langgar, itu harus ditentang, dia telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan negara.
“Kita kena bantah supaya dia sedar, supaya dia kembali ke pangkal jalan,” katanya kepada pemberita ketika demonstrasi aman di hadapan Masjid Putra di sini hari ini.
Beliau bersama-sama tokoh-tokoh terkemuka negara yang lain bakal menyerahkan memorandum bantahan berkenaan ke Kementerian Kewangan di sini. - UTUSAN ONLINE