
PUTRAJAYA 6 Jun. - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ke China bagi mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa negara berhubung siasatan skandal Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER).
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohama“Kita akan menyiasat perkara ini terutama pembayaran yang bentuk berkala,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas satu lagi skandal didakwa berhubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Low Taek Jho atau Jho Low melibatkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dengan nilai sebanyak RM9.4 bilion.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perjanjian untuk projek berkenaan adalah berat sebelah dan meragukan serta menggugat kepentingan rakyat dan kerajaan Malaysia.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, beberapa monopoli perniagaan yang berlaku dalam kerajaan terdahulu akan dikaji semula.
“Ada beberapa monopoli seperti import beras dan perolehan kerajaan lain, kita akan melihat perkara ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd d berkata, antara polisi kerajaan terdahulu yang tidak sepatutnya berlaku adalah pembayaran dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.
Post a Comment Facebook Blogger
Note: only a member of this blog may post a comment.