Gerakan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu hari ini.
Jelas parti itu lagi, keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan ahli-ahli akar umbi selain dilihat selari dengan usaha untuk memperkukuhkan semula parti.
“Kami percaya bahawa sangat perlu bagi Gerakan memulakan perjalanan politik yang baharu dengan bebas, pemerkasaan dan tegas dalam mencari apa yang terbaik untuk Malaysia serta rakyat.
“Parti meninggalkan BN dengan baik. Gerakan akan memainkan peranan sebagai parti bebas dalam blok pembangkang untuk memantau dan mengimbangi kerajaan Pakatan Harapan dan menjadi pembangkang yang konstruktif,” menurut kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE