Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan baharu ini tidak boleh menggunakan politik andaian ini sebagai alasan untuk tidak dapat menunaikan janji-janji manifesto mengikut tempoh yang ditetapkan.
Malah, katanya, kerajaan kini perlu memastikan usaha kerajaan terdahulu terus dikekalkan bagi mencapai seperti yang disasarkan.
“Beberapa bulan lalu, Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa melaporkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional akan mencapai status negara berpendapatan tinggi seawal tiga tahun akan datang. Justeru, kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya mengekalkan prestasi ini bagi mencapai sasaran itu,” katanya dalam laman Facebooknya, hari ini. UTUSAN ONLINE