.... DUA SUSPEK CUBA BUNUH POLIS DIBURU DAN SEORANG PEGAWAI PERIBADI AHLI PARLIMEN? | AAKJ





Kuala Terengganu, 25 Jun 2018 - Polis Terengganu menyebarkan gambar dua lelaki termasuk suspek utama kes cubaan membunuh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan di Kampung Kubang Tangga, Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Enam gambar yang dikeluarkan pihak Polis Terengganu dan diantaranya seorang pegawai peribadi kepada ahli parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim iaitu Mohd Samsuhaimi Saigai,43 (Mie Saga) yang disenarai dalam 'Geng Abang Long Fadil Ayam'.

Suspek utama yang dikenali sebagai 'Tiger Mat' berusia 36 dan rakannya, Hadri, 32, dipercayai menghilangkan diri selepas mengetahui diri mereka dijejaki polis.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, dalam kejadian 3.25 pagi itu, dua anggota URB dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, kedua-dua anggota URB berusia 25 dan 27 tahun terbabit cuba meleraikan pergaduhan itu namun bukan saja dipukul dan dimaki oleh sekurang-kurangnya lapan suspek malah turut dilanggar menggunakan kereta.

"Enam daripada suspek terbabit berusia 24 hingga 45 tahun termasuk seorang wanita sudah pun ditahan dan direman selama tujuh hari. Bagaimanapun, empat daripada mereka disambung reman untuk seminggu lagi bagi meneruskan siasatan ini.



"Dua suspek termasuk dalang utama kes yang dikenali sebagai 'Tiger Mat' itu sedang dijejaki dan dipercayai masih berada di dalam negeri ini. Justeru, polis meminta bantuan orang awam untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui kedudukan kedua-dua lelaki terbabit," katanya pada sidang media di Kuala Terngganu, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua anggota URB terbabit mengalami kecederaan di muka dan badan akibat dipukul dan dilanggar dalam kejadian berkenaan.

Suffian berkata, polis membuka tiga kertas siasatan berhubung kejadian itu iaitu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh, Seksyen 506 KK kerana membuat ugutan jenayah dan Seksyen 147 KK kerana merusuh. - HM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top