Dr. Mahathir diiringi isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Tokyo hari ini untuk lawatan kerja selama tiga hari termasuk menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei.
Ketibaan beliau disambut oleh Naib Menteri Luar Jepun, Iwao Horii, Duta Jepun Ke Malaysia, Makio Miyagawa dan Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris. -UTUSAN ONLINE