.... Darah baharu, BN baharu - Tai Seong | AAKJ



KUANTAN 25 Jun - Barisan Nasional (BN) perlu sedar bahawa rakyat merupakan aset negara dan mereka merupakan penentu masa depan sesebuah parti politik di negara ini.
Darah baharu, BN baharu - Tai Seong
Quek Tai Seong
Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA, Quek Tai Seong berkata, sehubungan itu, BN yang pada ketika ini hanya tinggal tiga parti komponen perlu lebih bersifat terbuka.
Katanya, ahli dan kepemimpinan BN tidak boleh lagi mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman yang menggores hati masyarakat berbilang kaum pada masa akan datang.
“Rakyat semakin jelek dan muak dengan kenyataan yang berbaur perkauman dan samseng oleh pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan kotokohan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tai Seong berkata, pada era Malaysia baharu, jika BN tidak mengamalkan dasar politik baharu, mana-mana parti politik akan terus terjerumus dalam kancah ‘syok sendiri’.
“Secara peribadi, saya menyokong penuh kenyataan calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin dua hari yang lalu supaya tidak mengulangi kesilapan lepas yang mana Presiden dianggap sebagai dewa politik,” katanya.
Menurutnya, BN memerlukan pemimpin sejati yang bukan sahaja berani tetapi sanggup menerima teguran dan kritikan.
“Pengerusi BN tidak lagi kebal seperti dulu dan perlu memainkan peranan semak dan imbang. Maka parti komponen seperti MCA dan MIC dalam BN masih lagi dianggap penting bagi mewujudkan kekuatan sesama.
“Walaupun bukan lagi parti pemerintah, semangat perjuangan dan berkhidmat demi rakyat masih perlu dikekalkan,” katanya.
Jelasnya, kewujudan para pemimpin dengan suntikan darah baharu diharapkan dapat membantu membangkitkan semangat yang wajar buat semua pejuang politik. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top