Keputusan pemilihan sayap bukti UMNO mampu laksana pembaharuan - Tengku Razaleigh
Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, keputusan itu menyaksikan semua calon yang disokongnya menang.
“Semua yang kita sokong. Alhamdulillah, calon yang menang menepati yang kita sokong.
“Insya-Allah, kemenangan itu mampu memberikan nafas baharu kepada UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama UMNO Pahang di Dewan Wisma Belia Kuantan di sini hari ini.
Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Pemilihan sayap UMNO semalam menyaksikan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO yang baharu bagi sesi 2018 - 2021. - UTUSAN ONLINE