JOHARI
Beliau yang kini bertanding bagi jawatan Naib Ketua UMNO bahagian berkata, ini disebabkan kegagalan mereka mengemukakan Surat Tauliah Perwakilan untuk didaftarkan di Pejabat UMNO bahagian dalam tempoh yang ditetapkan.

“Mereka terpaksa hadir sekadar sebagai pemerhati disebabkan kesilapan teknikal yang timbul apabila pihak yang terlibat terlepas pandang tentang surat pengtauliahan dan saya merasa kesal perkara seperti ini boleh berlaku.
“Lebih-lebih lagi pada hari ini ada pemilihan yang melibatkan jawatan ketua, naib dan jawatankuasa Pemuda bahagian... ini merupakan satu kerugian,” kata Mohd Johari.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang.
Seramai 448 perwakilan daripada 675 hadir untuk menunaikan tanggungjawab untuk memilih barisan kepemimpinan baharu peringkat Pemuda UMNO bahagian dan Pusat pada kali ini.
Sementara itu, Setiausaha UMNO bahagian, Zainuddin Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Beliau memaklumkan sepanjang tempoh yang diberikan, pihaknya tidak menerima kembali Surat Tauliah Perwakilan Pemuda UMNO cawangan yang terlibat ke Pejabat UMNO Bahagian.
“Kegagalan ini menyebabkan nama mereka tidak diiktiraf sebagai perwakilan yang dipilih ketika berlangsungnya persidangan cawangan baru-baru ini,”katanya tanya menyebut jumlah mereka yang terlibat.- UTUSAN ONLINE