.... Akaun UMNO Johor sudah dibekukan | AAKJ




JOHOR BAHRU: Selepas UMNO Pusat dan Selangor, UMNO Johor pagi ini mengesahkan akaun parti itu sudah dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md Jais Sarday, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi NSTP pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai bila surat atau pemakluman diterima UMNO Johor mengenai perkara itu.
"Ya," jawapnya ringkas ketika ditanya adakah benar akaun UMNO Johor sudah dibekukan atau tidak.
Semalam, calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa SPRM membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor hari ini.
Menurutnya, tidak mustahil SPRM juga akan membekukan akaun UMNO Johor selepas itu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu semalam dan akaun UMNO Johor hampir pasti akan dibekukan tidak lama lagi.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top