Menurut sumber, borang pencalonan Ahmad Zahid untuk jawatan itu sudah dihantar ke ibu pejabat parti semalam.
“Beliau akan bertanding jawatan Presiden dan menjadi individu pertama yang mengisi serta menghantar borang pencalonan di ibu pejabat UMNO semalam,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein masih belum memutuskan jawatan yang akan ditandinginya.
Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Fadzli Mohamad Kamal, Hishammuddin kini berada di Mekah menunaikan umrah.
Pemilihan UMNO kali ini menyaksikan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden bakal dipertandingkan.
Bagi pemilihan kali ini, pendaftaran pencalonan bagi semua jawatan boleh dibuat menerusi dalam talian.
Pemilihan kali dilaksanakan melalui konsep terbuka tanpa perlu melalui pihak lain. - UTUSAN ONLINE