.... Ahmad Razif sumbang dua bulan gaji | AAKJ



Ahmad Razif sumbang dua bulan gaji
Hasil carian imej untuk ahmad razifAhmad Razif (tiga, kiri) memasukkan wang ke dalam tabung sebagai simbolik perasmian.
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA NERUS - Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menyumbangkan sepenuhnya pencen dan gaji beliau selama dua bulan berjumlah RM50,000 ke dalam Tabung Prihatin Terengganu.

Jelas Adun Seberang Takir itu lagi, tabung yang ditubuhkan Badan Perhubungan Umno Terengganu bagi membantu hampir 1,000 kakitangan lantikan politik dalam pelbagai organisasi yang ditamatkan kontrak selepas Pas mengambil alih pentadbiran negeri itu.



"Saya telah membuat keputusan untuk menyumbangkan dua bulan gaji dan pencen saya ke dalam tabung ini sebagai tanda prihatin dengan nasib bekas kakitangan yang telah kehilangan kerja.

"Hasil kutipan itu nanti akan diagihkan kepada kira-kira 1,000 kakitangan yang terdiri daripada Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (Atra), Pusat Khidmat Masyarakat dan Unit Komunikasi Negeri (Ukom) yang telah ditamatkan kontrak akhir bulan ini.

"Kita harap dengan adanya kutipan melalui tabung ini dapat meringankan beban mereka dan meneruskan kehidupan dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum dapat mencari pekerjaan baharu,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kuala Nerus 2018 di Dewan Hotel Tabung Haji, di sini.

Menurut Ahmad Razif yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus itu lagi, selain sumbangan peribadi berjumlah RM50,000, Badan Perhubungan Umno Terengganu turut memperuntukan sebanyak RM100,000 ke dalam tabung berkenaan sebagai permulaan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top