Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang membuat pengumuman tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama calon tersebut.
“Nama-nama calon akan diumumkan esok oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor selepas saringan dilakukan,” kata Ab. Rauf dalam sidang akbar sebentar tadi.
Sehingga hari ini seramai empat orang telah mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut termasuk Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Sementara itu Ab Rauf berkata, seramai 612 orang calon menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding pelbagai jawatan dari Jawatankuasa sayap parti sehingga Pengerusi Tetap.
Menurut beliau seramai tiga calon calon menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Timbalan Presidan, Naib Presiden (9) dan Ahli Majlis Tertinggi (121)
Sementara seramai empat calon bertanding jawatan Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita (6), Ketua Pemuda (9), Naib Ketua Pemuda (9), Ketua Puteri (4) dan Naib Ketua Puteri (6). - UTUSAN ONLINE