.... 1000 lebih telah terima surat penamatan (buang) kerja dari PAS Terengganu? | AAKJ





Terima kasih kerajaan Pas Terengganu.

Lebih kurang 1000 orang lebih kakitangan kerajaan awam Negeri Terengganu lantikan ad-hoc dan kontrak menerima surat penamatan kontrak (buang) kerja bermula 1 Julai 2018 ini.

Surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Terengganu dibawah pentadbiran Pas Terengganu itu pada 12 Jun 2018 telah diterima oleh 1000 lebih kakitangan ad-hoc dan kontrak seluruh negeri itu.

Antara yang menerima surat itu daripada ATRA (Agensi Transformasi Rakyat Terengganu), Unit Komunikasi Terengganu (UKOM) dan Unit Transformasi Terengganu Baharu (UTTB) yang berkuatkuasa 1 Julai ini.

Dalam manifesto Pas Negeri Terengganu pada PRU 14 yang lalu telah berjanji untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini sebanyak 20,000 peluang pekerjaan hakikat nya hampir seribu lebih peluang pekerjaan telah ditutup kerana dendam politik Pas.

Apa yang pasti peluang pekerjaan itu telah menutup periuk nasi hampir seribu lebih ketua isi rumah dan juga pekerja lantikan ad-hoc dan kontrak di Negeri Terengganu.

Kerajaan pas yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu telah menutup periuk nasi kepada hampir 5000 orang isi rumah keseluruhanya negeri Terengganu dan itu sebagai penganiayaan kepada rakyatnya sendiri.




Apa yang pasti punca pendapatan isi rumah keseluruhannya terjejas akibat dendam kerana politik bawa oleh Pas Terengganu keseluruhan kepimpinan Pas di Malaysia ini.

Mereka melaungkan perjuangan Islam yang di bawa oleh parti mereka serta menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Pas terutamanya negeri Terengganu dan hakikat nya tidak mengikut nilai nilai yang diterapkan oleh islam keseluruhannya.

Adakah mereka yang lantikan ad-hoc dan kontrak itu bukan rakyat Negeri Terengganu? yang mana turut sama membangunkan serta mengharmonikan negeri Terengganu sebelum ini dan mereka juga adalah pekerja atau kakitangan awan Negeri Terengganu.

Difahamkan juga ada lebih ramai kakitangan seperti seperti itu akan ditamatkan kontrak ini mengikut ketetapan terma dan syarat kontrak selepas ini.

Mereka Pas bermain wayang kononnya mereka tidak menganiaya rakyat negeri ini dengan membuang mereka dari kerja yang ada sekarang ini dan kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar pada hari pertama selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua negeri Terengganu.

Perkara  itu hanya bertahan selama hampir 1 bulan lebih dan surat telah dikeluarkan oleh Terengganu yang bertarikh 12 Julai 2018.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top