WAN AZIZAH WAN ISMAIL
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Reaksi tersebut dapat dilihat daripada raut wajah dan tingkah laku beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan ketika mendengar soalan tersebut.
“Astaghfirullahalazim, jangan percaya khabar angin,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan program Lawatan Turun Padang di Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.
Sementara itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hari ini turut menafikan berita palsu yang tular di media sosial itu. 
Perkara itu dimaklumkan Nurul Izzah di laman Twitter miliknya dengan memuat naik komen berserta capaian berita berkenaan penafian beliau.
“Tolong bantu hentikan penyebaran berita palsu ini. Marilah kita memberi tumpuan kepada kerja-kerja lebih penting menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai khabar angin Nurul Izzah yang dikatakan bakal bernikah dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Ini antara lain berikutan Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan tertutup dengan bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Khamis lalu. - UTUSAN ONLINE