.... 'UMNO perlu muhasabah diri' | AAKJ



KOTA BHARU: Pemimpin UMNO perlu turun padang dan membuang imej orang kenamaan (VIP) yang sering mereka bawa selama ini, sekiranya mahu menarik semula keyakinan rakyat.
Naib Presiden Kanan Veteran UMNO, Datuk Mohd Rozali Isohak, berkata jika semua pihak dalam UMNO bermuhasabah diri, beliau yakin parti itu masih berpeluang bangkit dan membina semula masa hadapan.
Dalam konteks ini, katanya, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan rakyat mahu perubahan, perlu diterima dengan hati terbuka.
"Keputusan itu adalah satu sejarah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana inilah kali pertama parti kalah pada peringkat nasional.
"Justeru, UMNO hendaklah bermuhasabah diri dan mencari jalan memenangi semula hati rakyat supaya menyokong parti pada masa depan.
"Pemimpin parti hendaklah bersatu dan turun ke bawah memberi keyakinan semula kepada seluruh ahli mengenai langkah perlu diambil supaya UMNO mampu bangkit semula," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Rozali yang juga Pengerusi Veteran UMNO Kelantan berkata, parti sudah menubuhkan jawatankuasa tertinggi bagi mengkaji punca kekalahan pada PRU-14.
Sehubungan itu, katanya, ia diharap dapat membantu parti menebus semula kekalahan pada masa akan datang.
"UMNO masih ada peluang kerana sudah banyak berjasa kepada rakyat. Namun, pemimpin UMNO perlu menonjolkan sikap positif dan mengelakkan sebarang rasuah seperti yang ditohmahkan sebelum PRU-14," katanya.
-Berita Harian

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top