.... Tun Daim pun mahu laksana GST | AAKJ



KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui mahu memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika memegang jawatan itu pada tahun 1984.
Pengakuan itu dibuat oleh beliau sendiri dalam sebuah video berdurasi 1 minit yang dimuat naik ke laman Youtube pada Januari 2015.
Dalam video itu, beliau memberitahu mahu memperkenalkan GST kerana pendapatan negara yang diperoleh daripada Petronas hanya 40 peratus dan jumlah itu adalah terlalu kecil.
"Esok kalau ada masalah, mana nak cari duit untuk berbelanja? Ini adalah cukai penggunaan dan cukai saksama ...kalau tak mahu banyak cukai, jangan berbelanjalah," katanya.
Daim yang memegang jawatan Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991, berkata GST memberikan banyak pelepasan cukai dan beliau mengakui dari dahulu lagi sejak tahun 1984 dan 1985, mahu melaksanakan GST.
"Bagaimanapun, waktu itu kerajaan berkata kita masih belum bersedia...selepas itu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu memperkenalkan GST.
"Tetapi sekarang dah jadi pembangkang, dia tidak bersetujulah...Dulu dalam kerajaan, dia pun nak buat juga," katanya.
-Oleh Farah Marshita Abdul Patah dan Julia Fiona

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top