.... Tolak DAP, Pakatan Evangelis & Liberal | AAKJ




Hasil carian imej untuk dap

Allahyarham Dato’ Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS dalam satu mesyuarat Majlis Syura pernah meminta ahli ahli PAS menjauhi DAP setelah sedar akan pengaruh gerakan evangelis dalam parti itu dalam isu kalimah Allah.

Kerana ketegasan arwah Haron Din, ada ahli parlimen DAP yang menghinanya secara terbuka ketika arwah meninggal dunia. Dr Zuhdi, Pengarah Penyelidikan PAS juga pernah dedahkan punca PAS berpecah dengan DAP adalah kerana gerakan evangelis.

Kumpulan yang liberal dan berfikiran bebas dalam PAS turut sama keluar dari PAS dan menubuhkan PAN yang ditaja oleh DAP. Mohd Sabu "G String Merah" menjadi ketuanya. 

DAP bukanlah gerakan parti politik yang biasa, majoriti ahli ahli parlimen mereka adalah berfahaman evangelis dan cukup menentang kuat hukum agama Islam di negara ini. 

DAP menerusi konsep "Malaysian Malaysia" menentang agar hak dan kedudukan orang Melayu dihapuskan. Malah DAP sudah anggap Mahathir sebagai Ketua Paderi, baca tulisan Beruang Biru ini : 


DAP perkudakan orang Melayu, DAP maki orang Islam dengan bahasa kasar, mereka tentang tulisan jawi, mereka lawan perlaksanaan hudud dan mereka pecah belahkan orang Islam menerusi parti PAN dan PPBM. 

Lihatlah bagaimana Nga Kor Ming, memaki orang Melayu dalam video ini : 

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu laporan Berita Harian semalam berkata DAP sebenarnya masih mengetuai pakatan pembangkang dengan bawa bersama ideologi sosialisme dan liberal, yang tidak boleh diterima masyarakat Islam walaupun parti itu bersetuju memakai logo parti PKR.

Beliau berkata, dalam PRU sebelum ini, DAP berusaha memecahkan undi Melayu dan kali ini terpaksa menerima musuh politiknya, Mahathir Mohamad untuk mencapai cita-cita itu.

Komplot menjatuhkan kerajaan bermula apabila Mahathir gagal menguasai pentadbiran yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga beliau memilih untuk bersekongkol dengan musuhnya, DAP dan PKR.

"Apabila penyingkiran berlaku dalam UMNO, Mahathir dan Mukhriz hilang platform dan kekuatan dalam UMNO sehingga terpaksa mengambil talian hayat daripada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

"Melihat keadaan ini berlaku, DAP sedar Mahathir mempunyai kekuatan yang boleh diambil kesempatan untuk memecahkan undi Melayu.

"Saya fikir rakyat perlu melihat situasi ini kerana isunya bukan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau 1MDB tapi asasnya DAP masih mengenengahkan ideologi sosialisme dan liberal jika parti itu diberi peluang," kata Annuar.

DAP membawa budaya sosialisme serta ateisme yang bertentengan dengan Islam, antaranya budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang membolehkan manusia itu melakukan apa sahaja yang mereka suka, ulas Annuar Musa

Kalau mereka berkuasa, perkara seperti hak istimewa orang Melayu akan dirosakkan oleh parti ketua pakatan ini iaitu DAP. Parti PKR, PPBM dan PAN hanya jadi suruhan politik yang akan diam seribu bahasa selepas disogok dengan jawatan dan kedudukan yang besar dalam kerajaan. Pemimpin seperti Mahathir, Dr Wan Azizah dan Anwar akan restu apa sahaja yang dibuat oleh DAP ke atas negara ini kerana kuasa.

Dalam pilihan raya pun, mereka hanya tahu gunakan #TsunamiPHitnah untuk hebahkan berita palsu mereka dan tuduhan jahat mereka. 

Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin hanyalah umpan undi DAP sahaja. Yang sebenarnya berkuasa adalah DAP, tiga orang yang Guan Eng sudah lantik sebagai menteri itu (Nga Kor Ming, Liew Chi Tong dan Chong Cheng Jien) adalah berfahaman Evangelis. 

Dalam khutbah Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen DAP Bakri) di Damansara Utama Full Gospel Businessmen  (FGB) Fellowship pada 13 Jun 2013, Yeo Bee Yin mendedahkan Tuhan bercakap terus dengan beliau.

Apakah yang Yeo Bee Yin maksudkan dengan ungkapan ini “It took 52 days to rebuild the walls of Jerusalem instead of 100. All it takes is one person to answer the call”. Jangan biarkan kumpulan Evangelis ini menang dalam PRU14. 

Orang Islam kena ingat, khabarnya hari Ahad ini seluruh gereja yang berfahaman Evangelise mendoakan agar semua calon calon Evangelis mereka dalam DAP dan PKR menang dalam PRU14 ini. 

Dalam PRU14, gereja Evangelis di Israel mendoakan agar kerajaan BN tumbang. Namun Allah SWT masih sayang BN, doa Evangelis ini tidak menjadi. 

Hari ini hari Jumaat terakhir sebelum 9 Mei 2018, hari mengundi. Ayuh seluruh umat Islam kita doakan kerajaan Islam ini kekal di Putrajaya. Jangan biar parti yang mendapat dana Israel menjajah Putrajaya. 

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Tulisan : 
Beruang Biru
BB903, Jumaat
4 Mei 2018

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top