Jelasnya, hal demikian ini kera­na kenaikan harga barangan beberapa tahun lalu juga disumbangkan oleh pengenalan GST.
“Impak penghapusan GST mungkin mengambil masa sedikit. Tetapi saya akan terkejut sekiranya tindakan itu tidak menurunkan harga beberapa barangan.
“Mungkin ada yang tidak betul berlaku ketika penghapusan GST dilakukan atau peniaga sendiri tidak memberikan respons (turunkan harga),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberi­ta selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yew Sing berkata, pihaknya memahami tindakan kerajaan Pakatan Harapan menyemak semula pelaksanaan beberapa projek khususnya oleh syarikat dari China, terutama terhadap pelaburan yang tidak mendatangkan faedah kepada negara.
Jelasnya, pihaknya akan menyediakan laporan untuk dihantar kepada Majlis Penasihat Kerajaan berhubung beberapa perkara termasuk pelaburan-pelaburan membabitkan firma dari China.
Beliau pada masa sama yakin Malaysia akan terus kekal sebagai sebuah negara yang kompetitif.
“Saya ada terdengar sejak beberapa hari lalu ramai menyatakan berlakunya banyak aliran keluar pelaburan asing,” ujarnya.
“Tetapi saya yakin mereka akan kembali sekiranya mendapati kerajaan baharu ini cekap mentadbir negara, punyai ketelusan dasar dan serius menangani penyalahgunaan kuasa,” katanya.-UTUSAN ONLINE