.... TERASA AKAN KALAH, PKR MULA WUJUDKAN SANDIWARA UNDI PALSU | AAKJ



Hasil carian imej untuk pkr
Di Port Dickson sudah mula taktik jahat PKR membuat kekacauan di luar pusat pengundian kononnya BN mempunyai kertas undi secara haram.
Sebenarnya tidak guna pegang kertas undi palsu di luar tempat pengundian kerana tidak mungkin anda boleh bawa masuk kertas tersebut ke dalam tong kertas undi.
1. Tong kertas undi lut sinar diletak di hadapan wakil-wakil parti yang bertanding.Setiap wakil calon boleh nampak berapa kertas undi anda masukkan.
2. Jika anda berjaya memperdaya wakil parti yang bertanding pun, JUMLAH KERTAS UNDI mesti sama atau kurang daripada jumlah pengundi yang hadir.
3. Ia boleh kurang jika ada yang membawa pulang tanpa masukkan dalam peti undi. Namun ia tidak boleh lebih dari jumlah hadir mengundi.
4. Jumlah kehadiran mengundi dicatatkan oleh pegawai SPR dan juga wakil setiap calon/parti bertanding. Setiap pengundi yang masuk dan disahkan oleh pegawai SPR berdaftar dalam senarai, akan diumumkan dengan kuat di hadapan ketiga-tiga wakil calon. Jika ia tidak sama dengan senarai yang ada wakil calon boleh membantah pada masa tersebut juga.
5. Setiap kertas undi mempunyai nombor kertas unik bagi Parlimen tersebut. Jadi mustahil anda hendak menipu kertas undi, kerana wakil calon semasa pengundian boleh sahaja mengesan kertas undi palsu.
6. Jadi realitinya tidak ada cara dan kaedah untuk anda menipu kertas undi dalam bilik pengundian. Apa yang berlaku sekarang ialah cubaan mewujudkan huru-hara dan ketidakpercayaan masyarakat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
6. Taktik ini diguna oleh pihak yang merasa akan kalah. Nampak awal sangat PKR rasa hendak kalah kali ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top