.... Tahniah Najib kepada Dr Mahathir, sanggup bantu peralihan kuasa | AAKJ



11 MEI: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Najib dalam kenyataan menerusi akaun twitter miliknya malam ini, turut melahirkan kesediaan membantu proses peralihan kuasa yang lancar.
“Baru mengucapkan tahniah kepada Tun Mahathir di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ketujuh. Saya sanggup membantu peralihan kuasa yang lancar,” katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara, jam 9.56 malam tadi.
Dr Mahathir, 93, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, selepas memegang jawatan sama di antara 1981 hingga 2003.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelmarin, Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.
Pada PRU-14, Dr Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan memperoleh majoriti 8,893 undi menewaskan penyandang daripada BN, Datuk Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad dalam pertandingan tiga penjuru.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top