Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tabung itu akan diuruskan mengikut prinsip cekap, amanah dan telus (CAT).
"Tabung adalah sebagai saluran untuk rakyat menzahirkan semangat patriotisme dalam mengurangkan hutang negara.
"Potongan cukai kepada mereka yang menyumbang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Guan Eng berkata, kementerian akan mengemaskini jumlah sumbangan terkini di laman web www.treasury.gov.my setiap hari. - UTUSAN ONLINE