Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, Ahli Parlimen Pekan itu hanya hadir memberikan keterangan yang membabitkan siasatan skandal SRC International Sdn. Bhd.
"Kita akan panggil antara satu atau dua saksi lagi bagi melengkapkan siasatan ini.
"SPRM akan menyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd. Shukri menegaskan kes kematian bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais tidak mempunyai kaitan dengan siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ujarnya, ia membabitkan satu kes yang dikendalikan beliau di Mahkamah Sesyen Shah Alam. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd