.... Skandal Seorang Pemimpin PH Terdedah? | AAKJ



Tiada angin, tiada ribut, secara tiba-tiba, seorang ahli Parti Amanah Negara Cawangan Kuala Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal Bin Bakar, telah membuat sidang akhbar berhubung wujudnya skandal seks yang melibatkan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dengan seorang wanita.
Menurut Rizal, dia menerima bukti rakaman audio yang dipercayai milik Mat Sabu di viper cermin keretanya baru-baru ini. Malah, dalam sidang akhbarnya juga, dia memberitahu, terdapat salinan perbualan yang dipercayai antara Mat Sabu dengan wanita berkenaan yang dikatakan berunsur lucah.
Namun begitu, pada sidang akhbar yang sama, dia tidak pula memberitahu, kenapa dia dipilih oleh pengirim berkenaan yang meletakkan semua bahan ini di dalam sampul surat bersaiz A3. Malah, dia juga tidak pula memberi penjelasan, kenapa dia tidak membawa bukti berkenaan kepada Mat Sabu sendiri untuk mendapatkan penjelasan.
Sebaliknya dia lebih berminat untuk mengadakan sidang akhbar secara terbuka dan menuntut Mat Sabu memberikan penjelasan berhubung kes ini. Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rizal di Hotel Adamson sebentar tadi.
“Sebenarnya saya berdebar ni….dup dap dup dap. Kita datang ini mewakili semua yang berharap. So saya beranikan diri. Pertama sekali, nama saya Rizal. Nama bapa saya Bakar. So saya Rizal bin Bakar, Ahli Parti Amanah Negara cawangan Kuala Kedah."
"Kita teruskan kepada macam mana bahan bukti ini sampai kepada saya. So saya ini sebenarnya…(terdiam sebentar). Pada saya dia (Mat Sabu) adalah idola saya dan idola kepada ramai orang diluar sana."
"Apabila saya berbincang dengan kawan-kawan yang lain yang sealiran dengan saya, saya mewakilkan diri saya, mewakili semua yang ada di luar sana untuk bertanya kepada Tuan Haji, Adaah yang berada di tangan saya dan yang lain-lain benar atau pun tidak?"
"Saya tak nak panjangkan cerita. Pertama kali saya nak tunjukkan Whatsapp. Kalau tuan-tuan tengok Whatsapp memang nama tu tertulis nama Mat Sabu…Tetapi Mat Sabu ini bukanlah semestinya pemimpin Mat Sabu yang kita sayangi."
"Kalau kita tengok di sini, tuan punya Whatsapp ini adalah Mat Sabu. Kalau tuan-tuan amati, apa yang tertulis di Whatsapp ini, “darling…ada gambar tertampal di sini…saya tidak boleh tunjukkan gambarnya di sini hari ini disebabkan benda ini agak sulit. Tetapi jika ada rezeki, Insya Allah selepas 36 jam, saya akan tunjukkan siapa yang empunya muka ini”.
Berikutan daripada itu, tersebar sekeping gambar yang dipercayai Mat Sabu sedang memeluk seorang wanita di dalam sebuah kereta. Tidak dapat dipastikan kesahihan gambar berkenaan namun apa yang pasti, Mat Sabu perlu menjawab segala teka teki ini secepat yang mungkin.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top