Tujuan beliau hadir ke SPRM adalah bagi memberikan keterangan berhubung siasatan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development (1MDB).
Najib tiba dengan berpakaian bersut biru dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih kemudian dilihat masuk ke lobi ibu pejabat SPRM.
Turut menemani beliau adalah peguamnya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang sebelum ini merupakan Peguam Cara Negara II.
Pada 18 Mei lalu, SPRM telah menyerahkan notis kepada Ahli Parlimen Pekan itu agar hadir ke pejabat suruhanjaya berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd