.... Shafee kunjungi Najib | AAKJ



TAN Sri Shafee Abdullah mungkin antara peguam yang akan mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto Mohd Fadli Hamzah
KUALA LUMPUR: Peguam veteran, Tan Sri Shafee Abdullah, yang pernah mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam kes berprofil tinggi kira-kira 10 tahun lalu, mungkin antara peguam yang akan mewakili bekas Perdana Menteri itu di kes terbarunya.
Hari ini, Shafee dilihat memasuki rumah Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta kira-kira jam 6.15 petang tadi, selepas kereta berwarna hitam yang dinaikinya berhenti seketika di pondok kawalan polis bagi membolehkan beliau memperkenalkan diri sebelum dibenarkan masuk.
Menurut sumber di lokasi, Shafee dipanggil ke rumah Najib bagi membincangkan beberapa perkara penting.
"Mungkin menjurus kepada aspek mendapatkan rundingan perundangan dan pendapat mengenai siasatan polis terhadap Najib," katanya kepada pemberita yang menunggu di luar rumah Najib.
Selain pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) turut menjalankan siasatan terhadap Najib dan mereka yang rapat dengannya.
Ditanya sama ada Najib mahu Shafee mewakilinya di mahkamah, sumber berkenaan berkata itu satu kemungkinan yang tidak dapat dinafikan kerana ada desas desus mengatakan Shafee mungkin kembali bagi mempertahankan Najib tetapi kali ini dalam keadaan berlainan (di pihak pembelaan).
Shafee dilihat meninggalkan kediaman Najib kira-kira sejam kemudian sejurus sebelum masuk waktu berbuka puasa.
Shafee dan Najib mempunyai sejarah lama yang menyorot sehingga masa bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi tuduhan meliwat buat kali kedua, di mana ketika itu wujud dakwaan kononnya Najib membayar jutaan ringgit kepada Shafee, yang ketika itu menjadi peguam pendakwa utama dalam kes terhadap Anwar, supaya memenangi kes terbabit.
Anwar sebelum ini mencabar Shafee dan Najib supaya membuktikan mereka berdua tidak terbabit melakukannya dan kes berkaitan isu itu masih tertangguh di mahkamah selepas beberapa kali menjalani proses rayuan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bahawa Najib akan mendapatkan khidmat sepasukan tujuh peguam diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, untuk mewakilinya dalam kes membabitkan skandal berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk tuduhan pengubahan wang haram.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top