.... Sekali lagi, GST | AAKJ



Tulisan asal oleh:
Ktemoc Konsiders, 10 Mac 2018
Hasil carian imej untuk gst
Sufiyan Abas, yang merupakan seorang akauntan dan naib presiden Organisation for National Empowerment (ONE), telah menulis artikel ‘A Case For GST’ di FMT semalam (yang ditulis seperti yang berikut):


Kami mengalu-alukan manifesto pembangkang yang disampaikan malam tadi. Sekarang, saya ingin meneliti tawaran mereka untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Jika kita meneliti versi panjang manifesto itu, di bawah Janji 1 muka surat 16, mereka bercadang untuk menghapuskan GST tetapi mengembalikan semula sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Jadinya, cukai penggunaan masih akan dikekalkan.

Adakah ini langkah yang betul? Apakah sebenarnya perbezaan antara GST dan SST? Bukankah kita semua bagaimana cara pun mesti membayar cukai?

Gesaan untuk menghapuskan GST datang dari persepsi bahawa ia meningkatkan harga barang dan perkhidmatan kerana kita perlu membayar tambahan 6% pada harga pembelian kita.

Bagaimanapun, apa yang kita tidak sedar adalah bahawa sebelum GST, kita telah membayar cukai penggunaan di bawah sistem SST. Cuma, SST bersifat tersembunyi, manakala GST tidak. Perubahan dari SST ke GST pada tahun 2015 hanyalah perubahan dalam sistem cukai.

Persoalannya, adakah rakyat masih perlu membayar cukai jika kita menghapuskan GST? Jawapan ringkasnya ialah ya. Malah, harga mungkin meningkat.

Lihat contoh di bawah:


Sistem SST yang lama adalah cukai ke atas kos terkumpul. SST telah dikenakan ke atas RM pertama (bekalan koko). Kemudian dalam rantaian bekalan, SST mengenakan caj cukai ke atas kos kumulatif sebanyak RM2 (pada masa coklat dibuat di kilang).

Ini bermakna SST telah mengenakan cukai RM pertama (peringkat bekalan koko) sebanyak dua kali!

Pada masa coklat itu dijual di kedai, SST telah dikenakan pada RM pertama sebanyak tiga kali (koko), dan RM kedua sebanyak dua kali (pengilang). Inilah yang kita panggil sebagai kesan lata ("cascading effect"), yang membuktikan bahawa SST adalah sistem cukai yang tidak sempurna.


Sebaliknya, GST memastikan kita tidak dikenakan cukai lebih daripada sekali. Di bawah sistem GST, satu cukai 6% dikenakan pada setiap peringkat pengeluaran. Ia digunakan sama rata sepanjang nilai tambah rantaian bekalan - kepada pembekal, pengilang dan peruncit.

Patutkah kita kembali ke SST?

Kembali semula ke SST adalah seperti berpatah balik kepada kemajuan kita pada masa apabila lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia telah beralih kepada sistem GST.

Kenapa mereka berbuat sedemikian? Kerana terdapat konsensus di kalangan ahli ekonomi dan organisasi antarabangsa yang GST tidak mempunyai kesan lata, dan lebih telus dan dikawal selia.
Kembali kepada SST dari GST adalah seperti kembali dari roda bulat ke roda bersegi.

Cukai standard 6% akan dilaksanakan dari pembekal kepada pengguna, dan tidak seperti SST di mana harga produk boleh ditukar dan ditentukan oleh pengeluar kerana mereka adalah satu-satunya yang dikenakan cukai. Terdapat kes biasa di mana pengeluar tidak mendedahkan kadar SST mereka dan mangambil hasil "cukai" yang dikutip dari pengguna.

Ada yang bertanya, jika SST menyebabkan barangan menjadi lebih mahal, bagaimana harga barang lebih murah sebelum GST ketika mereka berada di bawah SST? Apabila kita melihatnya secara objektif, GST adalah cara maju ke hadapan. Ramai hari ini yang menentang GST kerana ia tertera pada bil kita, yang mengingatkan kita bahawa kita membayar cukai. Di bawah sistem SST, penjual tidak diwajibkan untuk menyatakan cukai. Tetapi walaupun itu boleh menenangkan beberapa pihak pengguna, kita sebenarnya masih membayar cukai.

Terdapat dua jawapan untuk ini, yang pertama dan paling terkenal adalah keuntungan. Orang tengah telah mengambil kesempatan daripada GST untuk menaikkan harga dan meletakkan kesalahan itu ke atas cukai. Alasan kedua adalah, GST adalah lebih cekap dalam mengutip cukai kerana ia ditadbir oleh sistem yang mantap.

Apa-apa pun, tiada siapa yang suka membayar cukai. Tetapi memansuhkan GST tidak bermakna menghapuskan cukai. GST hanya digantikan oleh SST. Jika mereka benar-benar mahu menghapuskan cukai penggunaan, adalah lebih baik untuk mengekalkan GST tetapi pada kadar sifar, daripada untuk mengelirukan rakyat dengan menggantikannya dengan SST.

Pembangkang perlu jujur dengan rakyat. Sesungguhnya mereka sedar tentang kelemahan sistem SST. Jadi adakah mereka benar-benar percaya pada sistem ini atau adakah mereka menghapuskan GST (dan menggantikannya dengan SST) semata-mata untuk memancing undi?
Terdapat dua perkara di sini. Pertama, GST akan dimansuhkan hanya untuk SST diperkenalkan semula, maknanya cukai penggunaan masih akan kekal ada.

Kedua, SST adalah sistem yang tidak sempurna dan mengembalikannya semula akan menjadi perkara yang tidak bertanggungjawab untuk dilakukan. Dasar-dasar yang dibuat untuk negara kita mesti bersifat maju ke hadapan. Bukannya ke belakang. Itulah sebabnya penting untuk mempunyai pemikiran maju ke hadapan bersama-sama demi masa depan kita.

**

PKR kerap menjanjikan untuk menghapuskan GST. Kesan menghapuskan GST adalah kita akan kembali ke sistem cukai yang lebih teruk dengan beberapa barang berada pada harga yang jauh lebih tinggi.

Saya telah lama menjadi penyokong GST. Tidak kira sama ada kerajaan adalah Pakatan atau BN, GST adalah lebih baik untuk rakyat dan negara.

Janganlah ada lagi berita tidak benar tentang harga yang tinggi melampau ke atas kerang, ikan kembong, udang dan petrol lagi. Jangan dengar maklumat yang salah dari penyokong yang anti-GST.

Link asal artikel:

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top