.... Royalti minyak: PAS tuntut Mahathir tunai janji | AAKJ



12 MEI: PAS menuntut Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad memenuhi janji manifesto untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak di negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata rakyat akan menilai sejauh mana manifesto itu dilaksanakan.
Tambahnya janji manifesto berkaitan royalti minyak itu amat relevan dalam konteks Kelantan dan Terengganu.
PAS mempertahankan Kelantan dan merampas Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Harapan kita, bahawa hak rakyat diberi dan dihormati,” kata Tuan Ibrahim di Kota Bharu hari ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top