.... Ribuan Bangsa Cina Hadir, Tetapi 219 Sahaja Pengundi Cina Putrajaya | AAKJ




Kehadiran pengunjung ke Ceramah Kebangkitan Rakyat, gabungan parti pembangkang menjadi tanda tanya apabila jumlah yang memenuhi kawasan tempat letak kereta Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya malam tadi melebihi 4,000 pengunjung memandangkan pengundi Cina di Putrajaya hanya 219 orang sahaja.
Kebanyakkan yang hadir dalam majlis malam tadi dikatakan majoriti 80% adalah kaum Cina dan apabila ditanya mereka dikatakan ternyata bukan pengundi di situ. Rata-rata yang hadir datang daripada luar.
Kempen-kempen Pakatan pembangkang banyak tertumpu pada kawasan majoriti Cina. Penonton dan juga pengunjung juga ramainya dari kaum Cina. Adakah pembangkang sudah terdesak?

Keadaan basah dan berlumpur di sebalik hujan beberapa jam sebelumnya menjadikan tempat letak kereta itu dipenuhi pengunjung ntah datang dari mana. Dikatakan ramai orang luar terutama yang berdekatan Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Bangi yang hadir. Itu pun tidak diketahui pengunjung yang lain itu sudah daftar mengundi atau belum, mungkin hanya meramaikan suasana sahaja,hakikatnya pengundi hanya berapa kerat sahaja.
Memetik sumber, baru-baru ini juga Firma kaji selidik bebas, Merdeka Center meramalkan sebarang perubahan sokongan Melayu kepada pembangkang tidak cukup untuk Pakatan Harapan (PH) merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).Hakikatnya mereka hanya meraih populariti untuk mendapat perhatian dan mengaburi mata rakyat di media sosial.
Turut hadir calon DAP Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan juga Nik Omar yang merupakan anak sulong pada Nik Aziz sebagai calon PKR di DUN Chempaka yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila beliau dilihat telah menyeleweng daripada landasan perjuangan ayahandanya.
Mahathir pula sekali lagi tidak habis-habis membangkitkan soal hutang negara dan isu ‘derma’ RM2.6 bilion walaupun isu tersebut sudah lama selesai namun masih lagi dibangkitkan menjelang 4 hari lagi sebelum pilihan raya ke-14 ini.
Mahu atau tidak, ceramah tersebut juga seolah sudah membuktikan semua pemimpin dalam PH adalah kuda yang diperalatkan untuk menarik keuntungan yang diperolehi DAP diatas usaha semua parti yang bernaung dibawah pakatan yang diketuai parti tersebut.
Justeru, harus diingatkan rakyat tidak mudah termakan dengan hasutan pembangkang hanya disebabkan mahukan pembaharuan, namun ada agenda poitik mereka sendiri disebalik semua ini.Ayuh bangkitlah pengundi melayu!!
#HarapanPalsu #BersamaBN  #HebatkanNegaraku #TsunamiBiru #DahulukanRakyat  #JomBN  #ManifestoBN
-PRU14.TV


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top