.... PRU14Terengganu : BN mendahului di Kuala Terengganu | AAKJ



Sinar baru mula menjelma sepanjang 4 jam tempoh pembuangan undi yang berlaku bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di beberapa kawasan pusat pembuangan undi di Kuala Terengganu.
Slogan Biru kan Kuala Terengganu sepanjang tempoh kempen pada pilihanraya umum ke 14 (PRU14) ini nyata membawa kesan kepada pengundi dikawasan tersebut.
Pengundi mula keluar seawal jam 7.30 pagi ke pusat pembuangan undi dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dikawasan masing-masing dengan purata keluar mengundi sebanyak 42 peratus tengahari ini.
Bagi N.15 Ladang dan N.14 Bandar peluang agak cerah kerusi itu kembali kepada Barisan Nasional (BN) kali ini dengan kembalinya sokongan pengundi cina kepada BN dan kerja kuat dan berstrategi yang dilakukan oleh calon-calon bertanding.
Sementara itu bagi kerusi N.13 Wakaf Mempelam dan N.16 Batu Burok pula terus melihat peningkatan rakyat keluar mengundi berbanding tempoh yang sama pada PRU 13 dengan jumlah keluar mengundi dalam jangka masa yang sama dengan 48 peratus berbanding 2013 dengan peratusan 32 peratus.
Kini jelas perubahan ketara yang berlaku di dewan undangan negeri (DUN) bagi P.036 Kuala Terengganu ketika ini dan akan memberi tamparan hebat kepada penyandang-penyandang semua kerusi di Kuala Terengganu.
Menurut petugas parti BN Kuala Terengganu Adam Saiful Abdullah, 35 berkata, ketika ini hampir 52 peratus pengundi putih telah keluar mengundi dan dijangka pada jam 3.00 petang nanti ianya akan bertambah.
‘Semua jentera parti menjalankan tugas masing-masing dengan lancar dan akan mengeluarkan pengundi putih sehingga mencapai target yang telah ditetapkan pada sekian-sekian masa’, katanya.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top