.... PRU-14: Amran Ahmad sahkan DAP sebar propaganda jahat, fitnah | AAKJ



DAP PROPAGANDA
AHLI seumur hidup DAP, Amran Ahmad mendedahkan propaganda jahat DAP dalam sidang akhbar, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 5 Mei - DAP disahkan menjalankan segala propaganda jahat dan menyebarkan fitnah terancang menggunakan nama gabungan pembangkang PKR demi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu diakui sendiri ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad yang membuat pendedahan itu yang mendakwa DAP sengaja memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dengan matlamat untuk meracuni pemikiran rakyat.
Amran yang masih bekerja dalam Biro Publisiti di ibu pejabat parti itu berkata, beliau yang turut menjalankan gerak kerja berkenaan untuk PRU-14 ini berasa terpanggil untuk mendedahkan segala salah laku DAP supaya masa depan negara tidak tergadai di tangan parti yang menang atas sebab sedemikian.
“Saya telah menjalankan banyak kempen menerusi Biro Publisiti DAP dan turun berceramah beberapa tempat sejak minggu lalu dalam ceramah umum gabungan pembangkang PKR untuk PRU-14.
“Namun, dalam dua hari lepas saya sedar apa yang saya buat ini tidak betul. Saya bekas wartawan saya diajar mengangkat kebenaran dan sebar kebenaran tetapi menyertai pasukan DAP ini telah terpesong niat sebenar saya dengan membuat propaganda jahat seperti ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Amran berkata, beliau tidak lagi mahu bersekongkol untuk melaksanakan propaganda jahat DAP itu untuk menipu rakyat semata-mata untuk memikat hati pengundi.
Justeru, katanya, beliau telah pun membuat laporan polis untuk membuat siasatan dan telah menyerahkan segala bukti berkaitan puluhan rakaman video dan risalah-risalah jahat yang disebarkan DAP.
“Saya minta polis siasat menyeluruh dan segera menghentikan penyebaran propaganda jahat dan fitnah ini dalam masa beberapa hari lagi sebelum PRU-14 dan tangkap segera kepala di sebalik tindakan ini. 
“Saya tidak dipengaruhi sesiapa dan tidak gentar untuk berdepan tindakan yang akan dikenakan oleh kepemimpinan DAP atas pendedahan saya ini termasuk digelar macai atau pemakan dedak BN,” katanya. -UTUSAN ONLINE.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top