.... Projek NFC akan diteruskan | AAKJ



Penyambungan itu juga berupaya melahirkan kumpulan usahawan muda yang berpotensi untuk menjadi penternak.

KUALA LUMPUR: : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencadangkan memorandum menyambung semula projek National Feedlot Corporation (NFC) kepada Kabinet.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, projek NFC itu akan diteruskan atau dijenamakan semula yang lebih sesuai bagi mengelak kekeliruan dengan projek terdahulu.

Tegas beliau, penyambungan semula projek NFC itu bagi membolehkan negara mencapai 30 peratus daging untuk penggunaan tempatan.

Ujarnya, penyambungan itu juga berupaya melahirkan kumpulan usahawan muda yang berpotensi untuk menjadi penternak.

"Saya harus menjadi seorang yang lebih objektif. Kita datang bukan untuk berdendam tetapi saya melihat matlamat NFC ini bagus dan murni.

"Dengan adanya NFC, setidak-tidaknya kita boleh capai 30 peratus daging untuk penggunaan tempatan. Saya yakin anak muda minat penternakan oleh itu, (kerajaan) beri bantuan secukupnya," katanya dalam siaran langsung bersama Astro AWANI di sini malam ini.




Salahuddin memberitahu, kementeriannya juga telah mengenal pasti tanah-tanah di Negeri Sembilan, Segamat dan Muar, Johor.

"Di Johor tiada masalah (tanah). Hubungan baik saya dengan Menteri Besar Johor, saya akan rundingkannya.

"Semua ini aspirasi seorang menteri yang pernah menjadi petani dan peraih ikan," katanya.

Sumber: Astro awani

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top