.... Pembunuhan Kevin Morais tiada kaitan 1MDB - KP SPRM | AAKJ



Hasil carian imej untuk kevin morais
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pembunuhan berprofil tinggi mendiang Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais tidak mempunyai hubung kait dengan kes dana 'derma' RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd mahupun 1Malaysia Development Board (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata sebaliknya, kes mendiang Kevin Morais adalah berkaitan dengan Ketua Patalogi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Dr Kunasegaran yang menghadapi pertuduhan penyalahgunaan harta serta rasuah.

"Apa yang saya tahu, Kevin tidak ada kaitan dengan kes 1MDB kerana beliau merupakan pendakwa raya bagi kes suspek kolonel tentera, kes hospital bagi pemalsuan tuntutan..tiada kaitan dengan 1MDB, " katanya pada sidang media khas SPRM di sini, hari ini.

Sebelum ini, sekeping gambar kertas pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditandatangani oleh Kevin Morais, tular di media sosial.

Bagaimanapun, Mohd Shukri menafikan perkara berkenaan.....

Berita penuh di http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1466048

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top