.... Najib luah rasa hati di Pekan | AAKJ




PEKAN, 20 Mei (Bernama) -- Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, buat pertama kali 'meluahkan rasa hati' di khalayak ramai berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan siasatan pihak berkuasa terhadap dirinya.

Najib mengakui terkilan, ralat dan terasa hati apabila kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas bukan disebabkan pihak lawan mempunyai agenda atau dasar lebih baik, sebaliknya mendakwa ia disebabkan kempen memburukkan beliau atas kapasitinya sebagai pemimpin.

Beliau mendakwa penyelewengan fakta seperti dakwaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan teruk dan negara hampir bankrap ditambah dengan pelbagai janji manis pihak lawan juga antara penyebab kekalahan BN.

Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan serentak UMNO cawangan-cawangan dan mesyuarat pergerakan sayap-sayap UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO Pekan di sini, hari ini.

Najib seterusnya berkata keluarga beliau juga dijadikan sasaran terutama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang difitnah kononnya mencampuri urusan dan menentukan keputusan dibuatnya.....


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top