.... N18 Bukit Payong: Jawapan kepada isu pemilikan tanah 270 ekar | AAKJ



Calon BN N18 Bukit Payong, To’ Puan Zaitun Mat Amin telah difitnah di media sosial milik pembangkang kononnya keluarga To’ Puan yang lebih mesra dipanggil Kak Ton menzalimi 9 keluarga di Kg Cangkul Pak Abas, Marang.
Fitnah yang sengaja direkayasa bahawa tanah yang didiami 9 keluarga ini mula disebarkan sebaik sahaja nama Kak Ton terpilih sebagai calon BN.
Pembangkang menambah kononnya 9 keluarga ini telah meneroka tanah tersebut hampir 20 tahun.
Hakikatnya:-
Pada tahun 1994, sebuah syarikat bernama Teratai Fokus Sdn Bhd telah membeli tanah tersebut dari syarikat Gerak Kenangan Sdn Bhd yang sebelum ini telah berjaya dalam pembidaan lelongan oleh UMBC Bank Berhad.
Perlu diingat, apabila berlakunya lelongan aset oleh sesebuah bank, maka sudah tentu tanah tersebut telah dimiliki oleh sebuah entiti yang mana menurut sumber, tanah tersebut telah pun menjadi milik sebuah syarikat yang lain pada tahun 1984.
Apa yang pembangkang cuba timbulkan adalah 9 keluarga ini merupakan peneroka asal tanah tersebut. Kalau lah dianggarkan mereka sudah menduduki selama 20 tahun tanah tersebut dan telah mengusahakan kelapa sawit serta tanaman lain, ternyata mereka telah tinggal di atas tanah syarikat entiti yang telah bertukar tangan kepada Gerak Kenangan Sdn Bhd dan akhirnya dibeli oleh Teratai Fokus Sdn Bhd.
Sama ada pembangkang tahu atau sengaja menyembunyikan kebenaran, hakikatnya Dato Muda Mamat, suami kepada Kak Ton yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu membeli syarikat Teratai Fokus Sdn Bhd pada tahun 2010.
Jadi, di manakah asas pertuduhan yang mendakwa Kak Ton dan keluarganya telah menganiaya 9 keluarga tersebut?
Bayangkan sehingga kini, Kak Ton dan keluarga tidak pernah sesekali pun bertindak untuk memberhentikan aktiviti perolehan hasil tanah tersebut walaupun mempunyai bukti yang cukup dan dokumen pemilikan yang lengkap.

Malah, syarikat Teratai Fokus Sdn Bhd masih membenarkan 9 keluarga itu mengusahakan tanah tersebut sehingga kini tanpa meminta sesen pun daripada mereka.
Bahkan, syarikat Teratai Fokus Sdn Bhd telah pun mengadakan siri pertemuan dengan 9 keluarga tersebut.
Sumber: Terengganu News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top