.... MT HARUS MENOLAK PERLETAKAN JAWATAN NAJIB RAZAK | AAKJ




Hasil carian imej untuk najib razak letak jawatan
1. Keputusan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melepaskan jawatan Presiden UMNO semalam  memang telah dijangka berikutan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu.

2. MAJLIS TERTINGGI UMNO yang akan bermesyuarat nanti tidak sewajarnya menerima perletakan jawatan tersebut. Najib Razak harus diminta mengekalkan jawatan sehingga pemilihan akan datang.

3. Najib Razak tidak wajar meninggalkan kapal ketika ia terumbang-ambing berhadapan dengan serangan Tun Mahathir untuk mencuri ahli Parlimen UMNO masuk ke Parti Bersatu Pribumi Malaysia.

4. Beliau harus mengambil tanggungjawab kekalahan ini dengan menyusun dan menguruskan semula parti keramat ini sehingga kukuh dari segi organisasi dan keahlian sebelum menyerahkan kepada sesiapa yang dipilih oleh Pemilihan UMNO, Oktober ini.

5. Selain itu Mohd Najib perlu kekal Presiden UMNO sehingga pemilihan akan datang bagi membuka peluang dan ruang demokrasi yang lebih luas dalam pemilihan Presiden UMNO.

6. Jika MT menerima perletakan jawatan Najib Razak, Timbalan Presiden akan memangku jawatan Presiden. Ini akan memberi kelebihan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan tidak adil kepada calon-calon lain.

7. Lagi pun Ahmad Zahid bukanlah Timbalan Presiden yang dipilih. Beliau hanya Naib Presiden yang memangku jawatan Timbalan Presiden. Apakah sekarang masuk akal untuk menaikkan beliau sehingga ke jawatan Presiden melalui jalan belakang dan memberi kelebihan kepada beliau untuk bertanding sebagai Presiden UMNO?

8. UMNO sudah kalah, lalu kita mahukan satu perubahan paradigma yang membolehkan pemilihan kali ini lebih adil dan telus. Salah satunya ialah tidak memberi kuasa kepada Ahmad Zahid sebelum beliau mendapat mandat ahli UMNO.

9. Saya percaya Ahmad Zahid akan menang jawatan Presiden UMNO hatta jika menentang Najib Razak sendiri. Namun beliau harus membuktikannya dalam pemilihan bukan melalui jalan belakang.

10. Untuk Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin perlu muhasabah diri di mana kelemahan Pemuda UMNO sehingga gagal menarik sokongan pengundi muda. Program-program KJ seperti Fit Malaysia bercorak populis semata-mata tanpa proses indoktrinasi sayang kerajaan dan BN. Persatuan belia di bawah KJ telah nyawa ikan, PLKN hidup segan mati tidak mahu. Hasilnya, kita hilang kekuatan di peringkat pengundi muda.

11. Ketua Wanita juga usah bersandiwara lagi. Laporan Jalinan Rakyat beliau penuh kepalsuan dan langsung tidak menepati keputusan pilihan raya umum lalu. Berjuta telah dihabiskan untuk Jalinan Rakyat, tetapi keputusan pilihan raya lalu berbeza sama sekali dari kajian Wanita UMNO. Bersaralah Shahrizat.

12, Hakikatnya kita kalah bukan sekadar isu nasional tetapi juga kerana hal dalam parti. Jentera Pemuda dan Wanita langsung menunjukkan kesungguhan untuk menang. Wang pengundi luar banyak tidak sampai, elaun jentera juga dipotong dari asal.
13. Akhirnya kita dapat kekalahan paling memalukan dan dengan mudah kita meletak beban tersebut atas kepala Najib Razak seorang. Pun begitu Najib Razak perlu mengukuhkan parti terlebih dahulu. 

14. Pedulikan suara di luar kerana kita tidak akan bertanding pilihan raya esok. Mengukuhkan parti lebih pengting dari mendengar komen musuh kita.  Najib akan dilihat tidak bertanggungjawab jika meninggalkan parti hari ini dan menutup peluang demokrasi terbesar dalam UMNO Oktober ini.

-AHLI UMNO SAMPAI MATI-


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Ketika DAP sibuk mendaftarkan pengundi baru, UMNO sibuk membuat event yg membazir, ketika DAP sibuk mengumpul kekuatan, UMNO sibuk menyerang mahathir, UMNO lupa mahathir ramai penyokong dikampung-kampung, ketika Najib sibuk ke sabah sarawak, Najib lupa org-org sabah Sarawak tidak suka org semenanjung dtg ramai-ramai ke negeri mereka, tu pasal mahathir jarang dtg ke sana, org Sabah Sarawak tidak suka campur tangan org semenanjung, sekolah cina tanamkan semangat cintakan bangsa cina, sekolah kerajaan tidak tanamkan apa-apa, hanya mengikut kehendak sekolah cina yg dipimpin oleh DAP... Akhirnya melayu tetap menjadi lembu di negara sendiri... Renung-renung la ye...

      ReplyDelete

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top