.... Mansuh GST Mungkin Makan Masa Lebih 100 Hari – Tan Sri Zeti | AAKJ



Ini kata Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin akan mengambil masa lebih 100 hari untuk melaksanakan janji paling atas dalam manifesto mereka dalam 100 hari iaitu mansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Untuk menenangkan keadaan dan hati rakyat, Zeti berkata Majlis Penasihat akan mendedahkan langkah dan tindakan yang diambil ke arah melaksanakan pemansuhan itu.
Langkah dan tindakan berkenaan, katanya, akan didedahkan dalam jangka masa 100 hari.
Menegaskan bahawa pemansuhan GST adalah muktamad dan keputusan itu tidak akan dikaji semula, Zeti berkata, isu sekarang adalah bagaimana ini akan dilakukan, termasuk menjadikan kadar GST sifar.
“Kami akan membuat pengumuman dalam masa 100 hari…orang ramai akan mengetahui apa yang akan dilakukan dan kaedah yang akan digunakan.
“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali berkata kita perlu mengikut undang-undang sedia ada, kita tidak akan menyimpang daripada mana-mana peraturan ini dan proses yang perlu dilalui untuk perubahan seumpama ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Bank Negara Malaysia, hari ini.
Beliau sebelum ini bertemu dengan 180 pengurus dana di Bank Negara.
Menurutnya, majlis penasihat pada masa ini sedang mengkaji kaedah menyeluruh untuk menambah kuasa beli rakyat berbanding pendekatan sedikit demi sedikit.
Zeti adalah antara lima anggota Majlis Penasihat yang dilantik oleh Dr Mahathir.
Netizen yang mengundi PH pada hari mengundi 9 Mei lepas dalam PRU14 sudah mula bersuara, menyatakan kalau tahu lebih dari 100 hari kenapa janji dalam masa 100 hari.
Mahathir bukannya pertama kali jadi Perdana Menteri tetapi pernah jadi 22 tahun dan memerhatikan politik Malaysia secara rapat selama lebih 15 tahun.
-PRU14.TV

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top