.... Mahathir lantik Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan | AAKJ



12 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri.
Manakala Presiden PAN, Mohamad Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata menteri bagi baki tujuh lagi kementerian termasuk Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.
Beliau mengumumkannya selepas menghadiri mesyuarat khas berkaitan pembentukan Kabinet, di Wisma Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.
Hasil carian imej untuk mat sabu menteri pertahanan
Tambah beliau, Majlis Pemimpin Utama Pakatan Harapan juga akan ditubuhkan bagi mengkaji keperluan berkaitan ahli Kabinet, di mana wakilnya akan ditentukan parti komponen sendiri termasuk WARISAN di Sabah dan wakil dari Sarawak.
“Majlis Penasihat Kerajaan antaranya akan dianggotai Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram, Robert Kuok dan Tan Sri Hassan Marican” katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top