.... Lantikan Suspek Rasuah Sebagai Menteri, Membenarkan Teori "RM100bilion"? | AAKJ



Kerajaan baru Pasola baru sahaja melantik seorang yang sedang atau dengan kata mudah, suspek rasuah pembelian jamban mudah alih sebagai Menteri Kira Wang.

Sadisnya sebelum ini, Perdana Menteri Pasola yang baru dituduh masuk semula politik kerana "misteri RM100 bilion" yang berada di luar Pasola sangkut kerana Perdana Menteri sebelum ini tidak membenarkan wang curian masuk ke negara Pasola melalui mesin dobi.

Menteri Kira Wang, Bha Bee Lim bukan sekadar ada kes pembelian jamban mudah alih tetapi juga dikatakan terpalit dengan projek dasar sungai yang nilainya berbilion dolar Paso (matawang negara Pasola).

Dengan melantik Bha Bee Lim atau lebih terkenal dengan nama manja anak dedi, urusan untuk bawa masuk "misteri RM100 bilion" akan menjadi lebih mudah.

Menurut penganalisa politik negara Pasola, hanya menteri kira wang sahaja boleh membawa masuk Paso melalui mesin dobi ajaib.

Cut!! sambung

cereka hari cuti 



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top