.... Lantikan Ahli Majlis PBT, ketua kampung ditamatkan | AAKJ



23 Mei 2018 3:01 PM
 AHMAD FAIZAL AZUMU

IPOH 23 Mei - Kerajaan negeri mengambil keputusan segera untuk menamatkan semua jawatan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ketua kampung yang dilantik di negeri ini berkuat kuasa 1 Julai depan.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pada masa, semua kemudahan awam melibatkan dewan orang ramai yang sebelum ini dikawal selia oleh ketua kampung, kini diambil sepenuhnya oleh pejabat daerah atau pejabat penghulu.

“Jawatan mereka akan diteruskan sehingga 30 Jun 2018 dan serta-merta selepas itu lantikan-lantikan baharu akan dibuat. 

“Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini juga bersetuju untuk memberikan fokus kepada tawaran-tawaran atau manifesto Pakatan Harapan negeri Perak sebagai agenda utama pentadbiran kerajaan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE­čîÉ


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top