Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, untuk menampung RM30 juta berkenaan, pihaknya telah mendapat tajaan sebanyak RM15 juta untuk separuh kos berkenaan.
"Kita telah mendapat surat dari Sports Media and Distribution untuk penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 dengan kos keseluruhan RM30 juta," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan telah bersetuju untuk penyiaran berkenaan kerana ia diadakan empat tahun sekali dan telah diberikan kelonggaran .
"Peruntukan untuk Piala Dunia diluluskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ia hanya empat tahun sekali," katanya. - UTUSAN ONLINE