Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini, Kon Yeow, 60, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota buat penggal ketiga berturut-turut selepas memperoleh 9,278 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), H’ng Koon Lee (1,470) dan calon Parti Bersama Malaysia (MU), Goh Saik Wei dengan 71 undi.
Terdahulu, bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang memegang jawatan itu selama dua penggal sebelum ini dilantik menganggotai Kabinet sebagai Menteri Kewangan. -UTUSAN ONLINE