Menurut sumber, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini.
“Betul, Tan Sri Dzulkifli telah menyerahkan surat peletakan jawatan hari ini,” katanya ketika dihubungi.
Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan tertinggi SPRM pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Bagaimanapun nama Abu Kassim disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan Dzulkifli.-UTUSAN ONLINE